Make your own free website on Tripod.com

                      .............ANEKA PETUA..............

        1. Atasi rekahan tumit kaki.

                Kebanyakkan wanita terlupa tentang penjagaan tumit kaki. Walau bagaimanapun tumit kaki yang teruk akan membuatkan kita malu untuk menggunakan sandal. Bagi mengatasinya, betik muda dipotong hujungnya bagi mengeluarkan getah dan getah itu digosok secara berterusan pada tumit kaki sehingga rekahan itu beransur hilang.

        2. Naikkan seri muka.

                Ambil sedikit kunyit hidup, sepotong halia dalam dua inci dan kisarkan bersama dua biji telur ayam dan madu lebah, tapis dan minum dua kali sehari.

        3. Mengecilkan pori-pori

                Ambil seberkas air panas, tuam ke seluruh muka. Kemudian picit segala jerawat, bintik hitam atau bintik putih di setiap pori-pori atau liang roma yang terbuka. Setelah selesai basuh muka dengan air suam untuk membunuh segala kuman yang terdapat di muka dan terakhir sekali ambil beberapa ketul ais dan sapukan ketulan ias di muka terutama di bahagian liang roma yang nampak ketara. Lakukan selalu.

        4. Lebatkan bulu kening dan bulu mata.

                Ambil getah air daun lidah buaya dan sapukan pada bulu kening dan bulu mata pada setiap malam dan pagi.

        5. Kerak nasi hilangkan serak.

                Rendamkan nasi dan biarkan ia semalaman. Keesokan harinya minum air kerak nasi tersebut. Amalkan pagi dan petang dan hasilnya amat memuaskan.

        6. Gigi putih berseri

                Ambil biji asam jawa lalu gorengkan tanpa minyak sehingga hitam. Tumbuk sehingga hancur. Gosokkan ke gigi seperti memberus gigi. Ia dapat menghilangkan kekotoran yang melekat pada gigi.

        7. Hilangkan lebam di bawah mata

                Ambi lair perahan limau, kemudian sapukan di bahagian bawah mata. Lakukan 2 kali sehari untuk hasil yang terbaik dan memuaskan. Jus limau memang elok untuk hilangkan lebam di bawah mata.