Make your own free website on Tripod.com

    Agar tetap lansing dan segar.......Diet tanpa modal yang besar.

   Ada cara-cara yang mudah untuk mendapatkan tubuh yang lansing dan fit. Tidak memerlukan belanja yang besar. Hanya perlu padanya komitmen untuk melaksanakan latihan tiap hari meski pun hanya beberapa minit. Antanranya adalah.....

   1. Olahraga teratur setiap minggu, seminggu sekali sehingga tubuh menjadi tegap. Bila tidak ada waktu, turun naik tangga rumah atau pejabat 15 minit sehari sudah dapat menggantikannya.

   2. Setiap pagi usahakan bersarapan kerana pekerjaan anda memerlukan tenaga.

   3. Bila anda terbiasa makan bawang putih mentah, campurkanlah dengan makanan anda kerana bawang putih mengandungi kandungan yang baik untuk mencegah jangkitan.

   4. Makan malam sebaiknya tidak terlalu berat dan jangan makan terlalu lewat bagi mengelakkan makanan sukar dibakar.

   5. Minum jus buah di pagi hari membantu membersihkan hati. Hati yang bersih membantu meningkatkan daya bakar lemak tubuh.

   6. Usahakan posisi saat berdiri, tegap kerana posisi berdiri sebegini baik bagi pernafasan, peredaran darah dan percernaan.

   7. Minumlah sekurangnya 2 liter air mineral sehari untuk membantu kerja ginjal agar tidak terlalu berat. Ini kerana air yang diminum juga dapat menahan keiginan untuk makan.

   8. Jangan biasakan menonton tv sambil mengadap makanan.