Make your own free website on Tripod.com

    .............KEROSAKAN RAMBUT.............

                   

Kaedah untuk hindari kerosakan rambut....

1. Gunakan sikat bergigi jarang ketika mengeringkan rambut dengan pengering rambut, agar rambut tidak mudah terjerat diantara gigi-gigi sikat di mana ia akhirnya akan menyebabkan rambut putus. Rambut basah lebih mudah putus dibandingkan rambut kering.

2. Jika ada waktu lebih, biarkan rambut itu kering secara semula jadi. Jikalau tidak, kesat perlahan-lahan dengan tuala sebelum mengeringkannya dengan menggunakan pengering rambut. Secara berperingkat, turunkan suhu panas pengering rambut kepada suhu medium. Penggunaan suhu yang berperingkat ini diakhiri dengan suhu paling rendah di saat proses pengeringan rambut hampir selesai.

3. Keringkan dulu bahagian bawah rambut tapi jangan lupa untuk terus menggerak-gerakkan alat pengeringnya.

4. Jika anda memakai minyak rambut atau pelembap rambut, sapukannya ketika rambut anda masih lembap.

5. Gunakan suhu yang rendah untuk mengeringkan rambut yang halus helaiannya.

6. Jangan menggosok rambut dengan tuala kerana rambut boleh terjerat diantara serat tuala, tertarik atau patah boleh merosakkan kutikel rambut dan membuatkannya nampak kusan dan tidak bercahaya.