Make your own free website on Tripod.com

Sihat dengan Makanan Harian

* Brokoli

Kandungan vitamin c nya dapat menyihatkan hati. Seratnya yang rendah kolesterol dan kandungan chromium-nya dapat mengatur paras gula dalam darah. Ini menjadikannya sebagai makanan yang baik bagi penderita diabetes. Ia juga dapat menghindarkan penyakit bisul dan katarak. Ia juga baik untuk mencegah penyakit paru-paru dan kanser payu dara.

* Lobak

Ia mengandungi beta karotin yang dapat melawan kanser, memperkuat sistem kekebalan tubuh dan melindungi arteri. Makan sebatang lobak setiap hari boleh mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 50 peratus. Selain baik untuk kesihatan mata, lobak turut berkeupayaan untuk mengurangkan sembelit dan cirit-birit.

* Rumpai laut

Ia banyak mengandungi iodin dan ia juga kerap diguakan untuk mengatasi kanser tiroid. Kandungan kalsium, mgnesium, dan zat besi di dalamnya akan memelihara kesihatan tulang, darah, otot dan fungsi saraf.

* Bawang Putih

Ia adalah salah satu keluarga bawang yang terbaik dalam menangkis kanser, memakannya dapat membuat tubuh mampu melawan bakteria, mahupun virus. Kandungan iodin di dalamnya menjadikan bawang putih sebagai anti biotik semula jadi. Ia juga meransang sistem kekebalan tubuh dan membantu tubuh menyingkirkan toksin selain mengurangkan kadar kolestrol. Namun jikalau memakannya berlebihan akan menyebabkan demam dan cirit-birit.