Make your own free website on Tripod.com

...........Punca Angin di dalam Badan.............

 

    Sendawa dengan kuat di khalayak ramai memang memalukan. Walaupun tidak disengajakan dan boleh dimaafkan, semua orang tidak mahu berada di dalam keadaan sedemikian.

Penyebabnya adalah.....gas atau angin di dalam sistem penghadaman (tenggorok, perut, usus kecil dan besar) datangnya daripada dua sumber iaitu : Udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah makanan yang tidak dihadam dengan baik.

Cara yang boleh dilakukan apabila badan anda terdapat banyak angin.... antaranya kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin. Antara makanan yang menyebabkan angin di dalam badan ialah kacang dan sayuran seperti brokoli, kubis, bawang, tauge dan asparagus. Buahan seperti pir, epal dan pic. Bijirin seperti roti gandum. Minuman ringan dan jus buah. Susu dan produk daripada susu seperi keju dan aiskrim. Makanan untuk diabetes dan gula-gula yang bebas gula.

Selain itu, banyakkan minum air kosong, minuman tidak bergas dan sup kosong.

Kurangkan udara yang anda sedut. Berikut adalah cara untuk mengelakkan kemasukan udara terlalu banyak di dalam badan anda:

Makan perlahan dan kunyah lebih . Ini boleh mengurangkan jumlah udara terlalu banyak ke dalam badan.
Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula getah.
Jika anda tidak mempunyai gig yang teratur, jumpa doktor gigi untuk membetulkannya.